Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh... ibu
Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbananTak ku nafikan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girangBak si kecil kehilangan
Kau insan penyayangBetapa ku merindu
Lembutnya belaian ibuMembuatku terlena
Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau amanDikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibuHanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasihBetapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibuMembawaku ke syurga
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh... Ibu
Buatmu ibu-aeman
Ibu Bergenang Air Mataku
Terbayang Wajahmu Yang Redup Sayu
Kudusnya Kasih Yang Engkau Hamparkan
Bagaikan Laut Yang Tak Bertepian
Biarpun Kepahitan Telah Engkau Rasakan
Tak Pula Kau Merasa Jemu
Mengasuh dan Mendidik Kami Semua Anakmu
Dari Kecil Hingga Dewasa
Hidupmu Kau Korbankan
Biarpun Dirimu Yang Telah Terkorban
Tak Dapat Kubalasi Akan Semua Ini
Semoga Tuhan Memberkati Kehidupanmu Ibu
Ibu Kau Ampunilah Dosaku
Andainya Pernah Menghiris Hatimu
Restumu Yang Amatlah aku Harapkan
Kerana Disitu Letak Syurgaku
Tabahnya Melayani Kenakalan Anakmu
Mengajarku Erti Kesabaran
Kau Bagai Pelita Di Kala aku Kegelapan
Menyuluh Jalan Kehidupan
Kasihanilah Tuhan Ibu Yang Telah Melahirkan Diriku
Bagaikan Kasih Ibu Sewaktu Kecilku
Moga Bahgia Ibu Di Dunia dan Di Akhirat Sana
Kasih Sayangmu Sungguh Bernilai
Itulah Harta Yang Engkau Berikan
Ibu
Dengarlah Rintih Hatiku Untukmu Ibu
0 comments:
Post a Comment