BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

Housemate vs friendship...






Diaorang nie laa family ke-2 ku..mane x nyer,jauh ngan family..so ngan diaorang nie laa tempat mengadu,suka n dukaku..thanks u all..and I hope our relation maintain from now and then…ak hepi dapat mengenali korang sume tau..setiap insan nie ad sejarah ny masing2 mcamana kt di pertemukan Allah s.w.t..alhamdulillah ya Allah…Ya Rahimm..Allhamdulillah…sygg korang sgt2


Nie lak namany siti munirah vs mun..seorang sahabat yang baik..hati ny terlalu lembut utk seseorang yg bergelar lelaki..haha..tengok,sesape yg tgk pix nie msti tergoda ngan panahan mata ny kn,hak3..jgn marah ea mun gimik je..tp kuat membebel gk laa mun nie..teringat je kat mak2 kn..haha..dia laa mak ke-2 kami…heheh..kat cini ak lebih rapat ngan munn..ayu dh bwk diri kot,hik2..tp xpe laa wlaupun kat cls x rapat tp kat umah ktorang kamcing..yeke,hehe…s

ygg munnn


Haa nie lak ayu..nama penuh Rohaya bt. Ab Rahman..seorang yg cute n kcik je org nyer mcm ak jgk,hik2..dia laa org yg 1st ak kenal sebelum roomateku sendiri, k.ira masa di Kajai time mggu orientasi dulu..Ayu nie seorang yg sweet sgt n seorang kwn yg baik..yg psti ak suka mengenali dia ngan lbh dekat..bermula laa dari ma,abg n sume kakak dia ak dh jmpe..mlainkan abah dia je ak blm jmpe..MyB abah ayu nie seorang yg x suka berjalan kot mcm ayah ak

jgk,heheh..biasa laa nama dah bapa kan..perumah je sifat ny..tp x adil jgk hnya ak sorg je mengenali family dia ngan lebih rapat tp family ak dia x knl pun..huhuhu…tp xpe laa..biar masa yg menentukannya….sygg ayu


nie lak k.ira vs roomateku..k.ira nie seorang yang aga

k pendiam bagi sesiapa yang tidak mengenalinya dengan lebih dekat..x sprti yg di sangka, k.ira jgk seorang yg kelakar n sporting..mintak maaf byk k.ira sbb tika x jadi roommate yang baik buat k.ira selama kt bersama…sygg k.ira

Nama diberi suaibatul islamiah bt samsuddin..nick name

sue..seorang yang pering, baik..n agak xkisah ngan sekeliling..ha3..(jgn marah ea sue)..n xlupe jugak seorang sahabat yang baik..kalau nk tau ak lbh byk luah mslah kat sue nie..mf yer sue slama nie kalau wt beban kan sue..thanks a lot..sygg sue


Thursday, November 19, 2009

Sifat Mazmummah dalam diri seorang insan kerdil...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti inijarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam-tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
(ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonyasendiri. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA..****

Friday, November 13, 2009

Jika aku jatuh cinta....




Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar
bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu


Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.


Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar
tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan

panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kokohkanlah ya
Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Surah Al-Baqarah ayat 45

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al-Baqarah ayat 216

Sunday, November 8, 2009

...buat insan yang bernama sahabat...

SAHABAT YANG BAIK
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA
KEHARUMAN MELATA

SAHABAT YANG BAIK
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG
MALAM BERJUANG MELAWAN KEROSAKAN

TETAPI,
SAHABAT YANG BAIK
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN
YANG MULIA DI HATI BUDI
ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA

SAHABAT YANG BAIK
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU
AGAR IA TIDAK BERULANG
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA

SAHABAT YANG BAIK
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN

SAHABAT YANG BAIK
MALUNYA MENGATASI PERAWAN
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN
RANTINGNYA IKHLAS
DAN PUNCAK KEREDHA'ANNYA JADI TUMPUAN

Sunday, November 1, 2009

Mampukah Aku?


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah? Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan Mengalir airmataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan ayahnya Yang setia berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai penghulu syurga Ketika aku marah Inginku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti sarah Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga Diterik padang pasir merak Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar Mampukah aku menjadi wanita solehah Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah,harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah